Jumaat, 19 Julai 2013

perkara terindah di dunia


as salam semua :) 
ct nak ucapkan selamat berpuasa kepada pembaca yang sudi membaca blog ct yang tak seberapa ni..hehe

dalam bulan puasa ni ct nak share je la sikit-sikit info mengenai masjid-masjid (rumah ALLAH) yang tercantik di dunia.

enjoy ok :)



no 1 : 
masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di pakistan. Vedat Dalokay, arkitek turki yang mengilhamkannya,menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina masjid Faisal.




no 2:
Masjid besar Baiturrahman di Banda Acheh,telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. namun ia telah dibina semula satu dekad kemudian. ia adalah masjid paling indah di seluruh Indonesia.




no 3 :

Masjid Taj Ul di Bhopal,adalah diantara masjid yang paling besar dibenua asia. ia juga dibina sebagai madrasah. 





no 4 :
masjid Badshahi telah dibina oleh maharaja Mughal yang mahsyur,Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima terbesar di dunia

no 5 :
Great Mosque of Xi'an di China
menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.



no 6 :

Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.








no 7 :

Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha





no 8 :

Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.




no 9 :

Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.





no 10 :

Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.

 

Subhanallah macamana? seronokkan kalau kita dapat peluang untuk melawat semua masjid - masjid diatas, terutama yang no 10..

 

amin.. 


sometimes dalam dunia ini kita tak boleh terlalu cepat rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. 

kita kena selalu improve dalam setiap aspek termasuklah dari segi agama dan kehidupan.

 kadang-kadang peluang yang ada di depan mata kita tak perasan, tapi tak bermakna kita tak boleh nak rebut peluang yang ada. 

jangan cepat prejudice dengan orang yang nak bukak peluang dengan kita, sebab kita tak tau maybe itu adalah salah satu cara yang ALLAH bagi untuk turunkan rezeki - NYA kepada kita.

 hanya tinggal kita sahaja yang perlu membuat keputusan sama ada nak ambil atau tidak :)

sekian.. as salam







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...