Ahad, 10 Februari 2013

10 sebab doa manusia tidak dimakbulkan #1

Ibrahim bin Idham pernah ditanya penduduk basrah : " mengapa keadaan kami tidak berubah? Bukankan Allah berjanji akan memakbulkan doa orang yang berdoa kepadanya?"





Beliau menjawab : ada 10 perkara yang menyebabkan doa tidak diterima iaitu :

1 ) kamu mengenal tuhan tetapi kamu tidak memenuhi hak- Nya
Hak tuhan adalah kewajipan untuk beribadat dan menunaikan perintah-Nya. Jesteru janganlah berharap orang yang tidak menunaikan perintah tuhan doanya akan diterima.

2 ) kamu banyak membaca Al-Quran tetapi tidak mahu mengamalkannya.
Maksudnya kamu mempunyai pengetahuan mengenai Al-Quran, tetapi tidak mengamalkan kandungan didalamnya atau sekiranya mempunyai pengetahuan mengenai Al-Quran, dia tidak berusaha memahaminya. Malah dia memahami sesuatu kebaikan tetapi sering meninggalkannya dan memahami adanya larangan tetapi melanggarnya.

3 ) kamu mengaku mencintai Nabi, tetapi meninggalkan sunnahnya.
Orang terbabit mengaku mencintai Nabi dan menjadikannya sebagai ikutan, namun realitinya selalu meninggalkan sunnahnya bahkan melanggarnya.

4 ) kamu mengaku menjadi musuh syaitan, tetapi kamu mengikutinya
Walaupun mengetahui syaitan itu sentiasa memujuk kearah kesesatan, orang terbabit pula gemar dengan jalan berkenaan. Dia mengakui dan menjadikan jalan syaitan sebagai musuh besarnya, tetapi dia belum mampu mengawal hawa nafsunya malah cenderung mengikutinya.

5 ) kamu memohon keselamatan dari seksa api neraka tetapi kamu memasukkan diri kamu sendiri ke dalamnya.
Sebelum doa dirinya belum disucikan daripada kekotoran batin. Sewaktu berdoa,dia membacanya dengan tekun dan khusyuk memohon keselamatan daripada pedihnya azab neraka. Bagaimanapun dalam kehidupan seharian dia tidak meninggalkan perangai buruk.

Ok lah sampai sini dulu saya akan sambung di bahagian ke 2 pula ye :) assalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...