Rabu, 13 Februari 2013

10 sebab doa manusia tidak dimakbulkan #2

assalam semua,hari ini saya nak sambung cerita mengenai doa hari itu.

semoga ia dapat dijadikan ikhtibar buat saya dan semua pembaca.

ilmu yang baik elok dikongsikan bersama dan bersamalah kita untuk muhasabah diri supaya sentiasa sedar setiap yang berlaku pasti ada penyebabnya samaada kita sedar atau tidak :)




6 ) kamu berdoa supaya dimasukkan kedalam syurga,tetapi kamu enggan berusaha memasukinya.

keengganan ini dalam bentuk tidak mahu menempuh jalan yang mampu menghantar mereka ke syurga iaitu melalui jalan kebaikan. dia tidak mahu menggantikan sikap buruknya yang menjadi kebiasaan dengan sikap yang lebih baik.

7 ) kamu tahu kematian itu benar tetapi kamu tidak mempersiapkan diri

kematian jalan untuk bertemu tuhan, tetapi mereka tidak mempersiapkan diri untuk tujuan itu.

8 ) kamu sibuk dengan aib orang sedangkan aib kamu sendiri kamu tidak mahu tahu.

kegemaran mendedahkan aib orang lainmenjadikankamu lupa kepada kekurangan diri sendiri. hal ini mengakibatkan sikap sombong dan menjadi-jadi. selama di dalam hati seseorang itu masih ada sifat sombong walau sebesar zarah tidak akan masuk syurga. begitulah kata-kata nabi : "nilai sombong sebesar zarah mampu menggagalkan seseorang untuk masuk syurga. apalagi satu doa,sudah tentu ditolak."

9 ) kamu sudah banyak menikmati nikmat tuhanmu,tetapi kamu tidak mensyukurinya.

orang terbabit lupa nikmat yang diberikan tuhan kepadanya, padahal sudah sekian banyak dikurniakan kepadanya. tuhan benci orang tidak tahu berterima kasih. jesteru mana mungkin tuhan akan melihat orang terbabit sewaktu berdoa kepadanya.

10 ) kamu sering mengebumikan mayat, tetapi tidak pernah mengambil iktibar daripadanya.

orang terbabit tidak banyak mengambil pengajaran daripada kematian, sehingga kesedarannya terhadap kebaikan tidak muncul. dia tidak mengubah sikap buruknya.


alhamdulillah selesai sudah perkongsian saya :) semoga ia dapat memberikan sedikit sebanyak ilmu kepada semua.

yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. andai ada tersalah harap di perbetulkan. babai  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...